Assalamualaikum. Hari ini MHC nak berkongsi satu lagi resepi kek coklat kukus yang sangat diminati ramai oleh mak, ayah, adik beradik dan rakan taulan. Bila masuk ke dalam mulut terus saja cair tak tahulah pergi ke mana hehehe.. Semuanya di sukat mengikut cawan minum biasa kita. Kemudian sekiranya kita tiada mixer gunakan sudip sahaja untuk memukul bancuhan telur. Rasa-rasanya Cik Patung Hujan pun boleh membuatnya. Resepi ni telah diajar oleh adik kedua saya yang juga sangat berminat dengan bidang pembuatan kek ini. Terimakasih Sister Nor.. I love you.
Inilah cawan penyukatnya. Kita perlukan 2 cawan tepung superfine, 2 cawan serbuk koko, 11/2 sudu besar baking powder dan 1 sudu besar baking soda.
Gaulkan rata-rata semua adunan tadi di dalam mangkuk sehingga sebati seperti foto di atas. Kemudian di ayak adunan tepung itu. Ini untuk mengelakkan rasa pahit soda bikarbonat yang tidak digaul rata.
Dalam mixer pula, pecahkankan 4 biji telur gred A dan 2 cawan gula pasir. Pukul lebih kurang 5 minit sehingga kembang. Kemudian masukkan 1 cawan susu cair dan 1 cawan minyak jagung. Putar perlahan-lahan lebih kurang 5 minit.
Selepas ini kita akan satukan adunan kering ke dalam bancuhan telur tadi.
Putar perlahan-lahan. Akhir sekali masukkan 1 cawan air suam ke dalam adunan ini dan putar lebih kurang 3 minit sahaja.
Inilah rupa bancuhan kek coklat kukus yang telah siap tadi. Bolehlah diisi ke dalam bekas plastik mengikut saiz yang anda suka. Jangan lupa untuk memanaskan dulu periuk kukus anda sebelum mengukus kek ini lebih kurang 30 minit.
Untuk topping pula, kita perlukan 1/2 cawan gula pasir, 1/2 cawan koko, 1/2 tin susu pekat dan 1 sudu teh butter. Satukan semua bahan-bahan tadi dan kacau di atas yang perlahan. Sentiasa dikacau supaya ianya tidak hangit di periuk. Ia akan menjadi likat bila gula mula mencair. Boleh disapu diatas kek yang telah menyejuk dan dihias dengan coklat urai dan badam cincang.
Selamat Mencuba.

No comments:
Post a Comment