Wednesday, December 28, 2011

Resepi Kek Coklat Kukus yang Paling Mudah

Assalamualaikum.  Hari ini MHC nak berkongsi satu lagi resepi kek coklat kukus yang sangat diminati ramai oleh mak, ayah, adik beradik dan rakan taulan.  Bila masuk ke dalam mulut terus saja cair tak tahulah pergi ke mana hehehe.. Semuanya di sukat mengikut cawan minum biasa kita. Kemudian sekiranya kita tiada mixer gunakan sudip sahaja untuk memukul bancuhan telur. Rasa-rasanya Cik Patung Hujan pun boleh membuatnya. Resepi ni telah diajar oleh adik kedua saya yang juga sangat berminat dengan bidang pembuatan kek ini.  Terimakasih Sister Nor.. I love you.





Inilah cawan penyukatnya.  Kita perlukan 2 cawan tepung superfine, 2 cawan serbuk koko, 11/2 sudu besar baking powder dan 1 sudu besar baking soda. 





Gaulkan rata-rata semua adunan tadi di dalam mangkuk sehingga sebati seperti foto di atas.  Kemudian di ayak adunan tepung itu.  Ini untuk mengelakkan rasa pahit soda bikarbonat yang tidak digaul rata.





Dalam mixer pula, pecahkankan 4 biji telur gred A dan 2 cawan gula pasir.  Pukul lebih kurang 5 minit sehingga kembang.  Kemudian masukkan 1 cawan susu cair dan 1 cawan minyak jagung.  Putar perlahan-lahan lebih kurang 5 minit.





Selepas ini kita akan satukan  adunan kering ke dalam bancuhan telur tadi.




Putar perlahan-lahan.  Akhir sekali masukkan 1 cawan air suam  ke dalam adunan ini dan putar lebih kurang 3 minit sahaja.

Inilah rupa bancuhan kek coklat kukus yang telah siap tadi. Bolehlah diisi ke dalam bekas plastik mengikut saiz yang anda suka.  Jangan lupa untuk memanaskan dulu periuk kukus anda sebelum mengukus kek ini lebih kurang 30 minit.

Untuk topping pula, kita perlukan 1/2 cawan gula pasir, 1/2 cawan koko, 1/2 tin susu pekat dan 1 sudu teh butter.  Satukan semua bahan-bahan tadi dan kacau di atas yang perlahan.  Sentiasa dikacau supaya ianya tidak hangit di periuk.  Ia akan menjadi likat bila gula mula mencair.  Boleh disapu diatas kek yang telah menyejuk dan dihias dengan coklat urai dan badam cincang.
Selamat Mencuba.








Thursday, December 15, 2011

How to decorate a 3 tier wedding cake with Gold Theme

Assalamualaikum and Salam Satu Malaysia.  Today, I'm going to share the steps I'd made to decorate a 3 tier wedding cake with gold theme.  This cake was ordered by  my neighbour Kak Yah dan Uncle Robert for her eldest daughter's wedding.  I baked 3 butter fruit cakes of 3kg, 2kg and 1kg.  After chilled them  for one day, then iced them with buttercream icing.  Finally, I gave a final touch up using a star shaped nozzle to create the design.

It looks simple but NICE......:)

Tuesday, December 13, 2011

How to decorate A Doll Cake

Assalamualaikum and good morning Malaysia.  Today I'm going to share the steps that I've made to decorate a doll cake.  It was a 2kgs of Chocolate Moist Cake coated with chocolate fresh cream.  The dress was iced with buttercream icing using a flat and a star nozzles. 




The cake was baked in a dome shaped mould.


Chocolate fresh cream as the coating and the filling for the layers.(I cut the cake to 3 layers to fill in the fillings).
\









Thanks Rosmawati Salah for ordering this cake for her daughter, Yaya.
.

Sunday, December 11, 2011

Resepi Kek Lobak yang sangat mudah dan sedap/Simple Carrot Cake Recipe

Assalamualaikum buat peminat blog yang setia.  Harini saya ingin berkongsi pula satu lagi resepi yang mudah dan juga sangat digemari oleh kawan-kawan dan saudara-mara saya.  Apalagi kalau bukan kek yang sangat berkhasiat dan enak rasanya.  Cubalah.

BAHAN-BAHAN  /  INGREDIENTS
A)  180 gm telur (3 biji)/180 gm eggs(3)
      180 gm gula perang/180 gm brown sugar
      1/4 st garam/1/4 tsp salt
      1st ovalette/ 1tsp ovalette
B)  150 gm parutan lobak / 150gm carrot flakes
      100 gm kepingan nenas/ 100 gm pineapple slices
        50 gm kismis/ 50gm raisins
C)  200 gm tepung gandum / 200 gm plain flour
      1/2 st serbuk penaik / 1/2 tsp baking powder
      1/4 st serbuk soda bikarbonat / 1/4 tsp soda bicarbonate
D)  1st esen vanila / 1tsp vanilla essence
      50gm kacang walnut / 50 gm walnuts
E)  100 gm mentega dicairkan / 100gm melted butter

SALUTAN KEJU KRIM  /  CREAM CHEESE FROSTING

250 gm keju krim / 250 gm cream cheese
50 gm mentega / 250 gm butter
50 gm gula kastor / 50 gm castor sugar
1 st esen vanilla / 1 tsp vanilla essence

CARA-CARA
1.  Pukul bahan A sehingga naik dan kembang. Masukkan bahan (B) dan bahan (C) dan kacau sehingga sebati.
2.  Campurkan mentega cair dan bancuh hingga sekata.
3.  Sapukan margerin pada acuan kek.  Tuangkan campuran kek ke dalam acuan kek.  Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 180C selama 40-45 minit.
4.  Salutan Krim Keju:  Pukul keju krim dan mentega sehingga naik dan kembang.  Masukkan gula dan vanilla lalu pukul sehingga krim menjadi lembut.
5.  Biarkan kek yang sudah siap dimasak menyejuk.  Kemudian salut krim keju pada seluruh kek dengan rapi.  Hidangkan.

METHOD
1.  Beat ingredients A ill fluffy.  Add in ingredients B and C and mix well.
2.  Blend in the melted butter until evenly mixed.
3.  Pour mixture into a greased mould and bake in a preheated oven at 180C for 40-45 minutes.
4.  Cream Cheese Frosting:  Beat cream cheese and butter until light and fluffy.  Put in sugar and vanilla and cream again until smooth.
5.  When the cake is cooled, cover it with cream frosting.  Serve.

Selamat mencuba dan silalah menjamu mata dengan foto-foto kek yang dihias mengikut kreativiti Madam Maria.













Thursday, December 8, 2011

How to decorate a Teddy Bear Cake

Salam viewers.  I'm not feeling very well these few days.  But I managed to escape from all those blues with my precious hobbies; baking, decorating, photographing and updating my blog since it is a long school holidays.  Today I'm going to share with all of you a special cake that I'd made for my school's annual dinner.  It was 2kgs of Chocolate moist cake, heavenly coated with chocolate ganache and decorated with a teddy bear butter cream icing .  It was my first trial and Alhamdulillah, it turned out great.  Have fun, viewing the pictures.

Happy Birthday teachers!!!!!

Monday, December 5, 2011

Resepi Asas Kek Mentega Yang Sangat Mudah (Basic Butter Cake Recipe)

Assalamualaikum.  Harini saya ingin berkongsi resepi yang telah diberikan oleh Mak Yang Khairiyah saya dari saya bersekolah menengah lagi.  Saya rasa kek butternya sangat sedap dan gebu.  Bodek punya bodek akhirnya dapatlah resepi dari beliau dan tersangatlah mudah diingati umpama formula Matematik.  Mana tidaknya dia sebut, ingat aje 2 2 4 6 mesti jadi punya.  Rupa-rupanya ia adalah kiraan untuk cawan yang akan digunakan untuk menyukat bahan-bahan tersebut.  Resepi ini juga adalah resepi asas dan boleh dicampurkan dengan bahan-bahan lain untuk variasi rasa kek seperti kek marble, coklat, oren, pisang, pandan dan sebagainya.  Gunakan kreativiti anda untuk mencipta resepi kek baru.

Resepi Asas Kek Mentega (Basic Butter Cake Recipe)

2 cawan tepung kek(2 cups of self raising flour)
2 cawan mentega (2 cups of butter)
4 cawan gula kastor ( 4 cups of castor sugar)
6 biji telur gred A (6 eggs )
secubit garam ( a pinch of salt)



CARA-CARA
1.  Pukul mentega dengan gula dan garam sehingga kembang.
2.  Campurkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati.
3.  Ayak tepung dan masukkan ke dalam campuran di atas.  Gaul sehingga sekata.
4.  Sapukan marjerin pada acuan kek.  Tuangkan campuran kek ke dalam acuan.  Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 180 C selama 40-50 minit.



METHOD
1.  Cream butter, sugar and salt until light and fluffy.
2.  Add eggs gradually and blend well.
3.  Sift the self raising flour and add into the mixture.  Mix till well and combined.
4.  Pour batter into a greased mould.  Bake in a preheated oven at 180C for 40-50 minutes until done.

Jom tengok gambar kek mentega yang telah diadun menjadi kek marmar (adunan yang telah siap dibahagi kepada 2 adunan dan 1 adunan diwarnakan dengan chocolate emulco.  Kemudian adunan dituang berselang seli untuk mendapat efek marmar)













You may also like to see

Related Posts with Thumbnails