Thursday, March 17, 2011

Resepi Puding Kek@Roti Yang Sangat Mudah


Pada hari ini saya ingin berkongsi resepi yang sangat mudah dan  digemari seisi keluarga kami terutama buat bonda tercinta, Pn Fatimah bt Hj Mohd Noor.  Ia sebenarnya adalah dari resepi Puding Roti tapi telah diadaptasikan oleh saya atas permintaan cik abang yang mahukan kelainan (kadang-kadang).

 
 Apa yang diperlukan ialah sebuku kek (Butter atau sponge)lebih kurang 500gm (atau 8 keping roti Gardenia) yang disusun didalam loyang atau mangkuk yang tahan oven.





Kemudian saya taburkan lebihan buah ceri supaya ia kelihatan menarik.  Terpulang kepada anda samada mahu menaburkan sebarang jenis buah-buahan kesukaan anda.  
Setelah itu anda perlukan 50ml susu cair(atau susu segar) untuk merendam kek tersebut lebih kurang 10 minit.
 Kemudian, ambil 2 biji telur dipukul bersama 4 sudu besar gula dan 4 sudu besar tepung kastard. Tambahkan lebih kurang 200ml susu cair(atau 500ml lagi sekiranya anda suka ia berkuah.) ke dalam bancuhan telur tadi.

 Tuangkan ke atas kek yang terendam tersebut.
 Saya juga menaburkan kismis minda di atas puding ini agar lebih enak dan berkhasiat.
 Bolehlah dibakar dalam oven dengan suhu 180 C selama 15 minit.
 Inilah rupa Puding Kek yang kelihatan berkilat setelah dibakar.

 Lebih enak bila ditambahkan ais krim Neapolitan di atasnya.

 Cubalah....


4 comments:

patunghujan a.k.a cik teruterubozu said...

aduiii
meleleh saliva nih
dh nk habis cuti bru upload, x sempat nk buat
huhuhuhuuh

AxraZa said...

nampak senang sesgt. thx Pn. Maria for sharing this. nk cuba nnt :)

ayu_aLLe said...

sedapnyeeee......hmm..mmg bleh buat sgt neh...tp nk tumpg bkar kt umh k.maria bleh :P

patunghujan a.k.a cik teruterubozu said...

kak zira, nti lepas buat, sila hantar ke sepang yek

kak ayu pn sama, dh menjadi tu, jgn le lupa jiran memeja dlm bilik guru tuh

You may also like to see

Related Posts with Thumbnails