Pada hari ini saya ingin berkongsi resepi yang sangat mudah dan digemari seisi keluarga kami terutama buat bonda tercinta, Pn Fatimah bt Hj Mohd Noor. Ia sebenarnya adalah dari resepi Puding Roti tapi telah diadaptasikan oleh saya atas permintaan cik abang yang mahukan kelainan (kadang-kadang).
Apa yang diperlukan ialah sebuku kek (Butter atau sponge)lebih kurang 500gm (atau 8 keping roti Gardenia) yang disusun didalam loyang atau mangkuk yang tahan oven.
Kemudian saya taburkan lebihan buah ceri supaya ia kelihatan menarik. Terpulang kepada anda samada mahu menaburkan sebarang jenis buah-buahan kesukaan anda.
Setelah itu anda perlukan 50ml susu cair(atau susu segar) untuk merendam kek tersebut lebih kurang 10 minit.
Tuangkan ke atas kek yang terendam tersebut.
Saya juga menaburkan kismis minda di atas puding ini agar lebih enak dan berkhasiat.
Bolehlah dibakar dalam oven dengan suhu 180 C selama 15 minit.
Inilah rupa Puding Kek yang kelihatan berkilat setelah dibakar.
Lebih enak bila ditambahkan ais krim Neapolitan di atasnya.
Cubalah....