Monday, June 6, 2011

Resepi Kuih Bengkang@Bakar Yang Sangat Mudah

Apa khabar kawan-kawan semua.  Maaflah dah lama benor Teacher Maria tak update blog.  Ada masalah dengan laptop teman. (Kata Hussin.. kita bakor aje..)  Terpaksa menggunakan Apple suami teman tapi tak berapa pandai menggunakannya.. Gagahkan juga le.  Harini teman nak gunakan loghat negeri teman pulak sebab nak bagi resepi kuih orang lame..kueh bengkang aka kueh bakor.. ada nama lain tak?  Tak kirale.. asal masuk perut.. sama aje.

Beginilah cite nye...


Mula-mula kita perlukan 3 cawan santan pekat.  Terus aje tuangkan dalam pengisar.


Campur 2 cawan tepung gandum,


1 cawan gula pasir,


2 biji telur,


Bila sudah di campurkan semua bahan-bahan bolehlah dimesin  sehingga semua bahan-bahan tadi bersatu sebati. Jangan lupa masukkan buah cempedak cincang untuk dikisar sekali.


Ini lah 1/2 mangkuk cempedak yang telah dicincang.  Kalau nak buat bengkang pandan pula cuma digunakan air pandan dicampur dengan kelapa parut dan diperah santannya(sebanyak 3 cawan).  Nak gunakan jagung pun boleh juga.


Inilah rupa periuk untuk membakar bengkang..tradisional gitu.  Buat bakar kek butter pun boleh.  Gunakan api yang paling kecil sekali supaya ia bakar dengan setara dan tidak hangit di bawah.  Pastikan loyang dilaser dengan minyak atau margarin terlebih dahulu supaya adunan tidak melekat.  Kemudian barulah dituang adunan untuk dibakar.


Inilah rupa kuih bengkang yang telah selesai di bakar lebih kurang 45 minit hingga 1 jam.  Nak tahu kuih dah masak ialah dengan mencucuk kuih tu dengan lidi.  Kalau lidi tu licin dan tidak melekat dengan tepung bermakna kuih dah masak.  Kek pun begitu juga caranya.



Kuih ni biarlah disejukkan dahulu sebelum dipotong kerana nanti melekat-lekat pula.


Sesuai untuk minum petang buat cik abang dan anak-anak semasa cuti sekolah ni.


Inilah rupa tekstur kuih bengkang Teacher Maria.  Cubalah..

1 comment:

Baya Musa said...

Slm,like ur recipe...senang nk ikut..
Nk tanya ,kalau nk buat air pandan berapa sukatan?tq

You may also like to see

Related Posts with Thumbnails