Tuesday, June 7, 2011

Hantaran Perkahwinan- Tema "White And Gold"

Salam pagi yang ceria buat peminat blog Teacher Maria.  Harini saya nak berkongsi lagi gubahan hantaran perkahwinan yang ditempah khas oleh Pn Fatimah Shamsuddin, cikgu Matematik di sekolah kami.  Anaknya yang sulung melansungkan perkahwinan semasa cuti sekolah ni.  Maaf ya kak, Saya tak dapat hadir ke majlis ini kerana ada jemputan lain di Ipoh. Jadilah hasil kerja tangan saya yang tak seberapa ini sebagai tanda kenangan dari saya.


Puan Fatimah mahukan deko yang simple tetapi nampak mewah.  Oleh itu dia berminat menggunakan warna tema 'golden' untuk tempat paha, alas paha, manakala menggunakan bunga satin putih untuk nampak kontras.  Kalau nak lihat set hantaran perkahwinan tema 'silver and black' sila klik disini.  Saya buatkan khas buat adik lelaki saya Mohd Faiz tempohari.

Gubahan telekung penuh kerawang keemasan  yang diletakkan di atas bakul nampak naik serinya.




Gubahan kain merah hati yang disulami manik dan labuci diletakkan dalam sangkar emas menampakkan keunikannya yang tersendiri.

 Beg tangan berjenama Guess senang sahaja dihiaskan dengan gubahan bunga lalu diletakkan di atas bakul emas.

Bekas jam tangan Guess berwarna hitam nampak kontras sekali bila dihiaskan dengan bunga kristal lambang cinta suci.


Bekas rantai tangan dan cincin diletakkan bersebelahan dan dihias dengan ringkas untuk menyerlahkan kilauan emas.

Set minyak wangi jenama Guess nampak elegan sekali setelah digubah sekalian rupa.


Set lengkap perkahwinan buat isteri tercinta.

2 comments:

Lily said...

Wow, Maria, cantiknya!! Love looking at them all.

Teacher Maria said...

Thanks lily.

You may also like to see

Related Posts with Thumbnails