Wednesday, June 16, 2010

Perkahwinan Mohd Faiz- Tema 'Black Silver'

Hari ini mari kita cuci mata melihat pelbagai barang-barang hantaran Mohd Faiz adikku yang telah melansungkan perkahwinannya pada 13hb Jun 2010 di Ipoh.  Dia sangat berminat dengan konsep 'black silver' untuk majlisnya kali ini.  Aku telah diamanahkan utuk menyiapkan gubahan hantarannya dan menghias bilik tidur pengantin.  Alhamdulillah, hasilnya mendapat pujian dari saudara-mara dan kawan-kawan.
Aku menggunakan bakul, satin, riben, organza dan lace berwarna 'silver' dan sedikit bunga hitam sebagai penyeri. 
Minyak wangi harum semerbak

Telekung buat si isteri tersayang

Set make-up yang cukup untuk sepanjang tahun

Kek hantaran perkahwinan mewah menawan

Seutas jam tangan emas berkilauan

Bekas rantai emas buat majlis membatalkan air sembahyang

Katil pengantin yang dihias indah dengan tema 'black silver' ciptaanTeacher  Maria.

Sungguh berseri pelamin buat kedua mempelai hasil ciptaan Rosnah Bridal Creation, sepupu ku juga.  Malah harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan.  Buat pengetahuan semua pakej Ros termasuk dengan make-up, sewa baju pengantin, fotografi dan karaoke. Terimakasih.. Ros.

No comments:

You may also like to see

Related Posts with Thumbnails