Sunday, February 6, 2011

Resepi Trifle yang sangat mudah dan sedap















Bahan-bahan ( 5-7 )
·         1 tin susu cair
·         1 sd besar gula
·         4 sd besar tepung kastard
·         1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan kastard
·         ½ biji kek gulung sederhana saiznya
·         1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya
·         1 peket agar-agar jeli kristal Nona
·         1 mangkuk air panas
Cara-cara
1.    Panaskan susu cair dengan gula. Kecilkan api.
2.    Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk. Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih, Masak hingga betul-betul pekat dan kastard pekat. Tutup api.
3.    Di dalam bekas berasingan, susunkan kek gulung atau kek span sehingga habis. Kemudian, basahkan dengan air buah-buahan tin.
4.    Masukkan buah-buahan tin hingga habis.
5.    Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan tadi.
6.    Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati.
7.    Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastard dan sejukkan. Bila betul-betul keras, bolehlah dihidangkan.

1 comment:

RoseLangkawi said...

thanx for the recipe, plz do a visit for replicating this recipe:)

roselangkawi@blaque villa homesaty langkawi

You may also like to see

Related Posts with Thumbnails