Sunday, May 30, 2010

Blueberry And Oat Muffins



Assalamualaikum. Sahabat lamaku semasa di RPS telah lama meminta resepi blueberry muffin ini. Namun pada hari ini baru ada kesempatan untuk menulis resepi ini khas buat sahabatku Arah.. Selamat mencuba.

Bahan-bahannya
1 cawan yoghurt segar
1 biji kuning telur
1 sudu teh baking soda
4 sudu besar mentega, dicairkan
1/2 cawan gula
secubit serbuk buah pala
1/3 cawan oats
1 2/3 cawan tepung serbaguna
1 cawan blueberi dalam tin, ditoskan

Cara-caranya
1. Campurkan yoghurt, kuning telur, bakings soda, mentega cair dan serbuk buah pala dalam mixer. Pukul hingga sebati.
2. Masukkan oats, tepung gaul sebelum masukkan blueberi.
3. Sendukkan adunan tepung kedalam acuan kertas yang telah disapu mentega dan bakar pada suhu 175 darjah C selama 20 minit atau sehingga muffin masak.


No comments:

You may also like to see

Related Posts with Thumbnails