Monday, May 31, 2010

Buttercream icing recipe

Hari ini saya nak hadiahkan resepi ini kepada adik ipar tersayang yang berada nun jauh di sana (Pulau Sibu)Johor. Sudah lama dia bertanyakan cara membuat buttercream icing yang sedap dan mudah dilepa.Nampaknya dia pun berminat dengan pembuatan cake dan cupcakes (seperti kakak iparnya nie..)Selamat mencuba Zura..

Bahan-bahan
* 250 gm butter atau shortening
* 125 gm krimwell * 125 gm gula aising (di ayak)

Cara-cara

1. Pukul butter dan krimwell hingga putih. Gula aising yang telah diayak masukkan ke dalam butter, pukul lagi hingga kembang dan putih. Suaikan warna untuk hiasan kek.
2. TIPS : pukul dengan kelajuan minima. Ini akan mengambil masa yang agak lama tapi, Insyaallah, icingnya nanti akan menjadi lebih cantik & mudah dilepa. It is simple but nice..



Sweet corn sponge cake ini adalah dibuat khas buat emak tersayang di
Ipoh tempoh hari.

Photobucket

Sunday, May 30, 2010

Blueberry And Oat Muffins



Assalamualaikum. Sahabat lamaku semasa di RPS telah lama meminta resepi blueberry muffin ini. Namun pada hari ini baru ada kesempatan untuk menulis resepi ini khas buat sahabatku Arah.. Selamat mencuba.

Bahan-bahannya
1 cawan yoghurt segar
1 biji kuning telur
1 sudu teh baking soda
4 sudu besar mentega, dicairkan
1/2 cawan gula
secubit serbuk buah pala
1/3 cawan oats
1 2/3 cawan tepung serbaguna
1 cawan blueberi dalam tin, ditoskan

Cara-caranya
1. Campurkan yoghurt, kuning telur, bakings soda, mentega cair dan serbuk buah pala dalam mixer. Pukul hingga sebati.
2. Masukkan oats, tepung gaul sebelum masukkan blueberi.
3. Sendukkan adunan tepung kedalam acuan kertas yang telah disapu mentega dan bakar pada suhu 175 darjah C selama 20 minit atau sehingga muffin masak.


Monday, May 17, 2010

Black Forest Cake for Year 5Ikhlas







The view inside the fridge.. Yumm..yumm..


This 1 1/2 kg cake of Black Forest was ordered by Zurina for her class party. View some of the pictures.


Monday, May 10, 2010

Sorry tak update..





Salam buat semua saudara-maraku dan sahabat handai
Maaf kupinta sebab dah lama tak update blog ini kerana komputer ini di reformat setelah anak bujangku memandai-mandai. Entah apa yang mereka sudah lakukan.. Ya Ampunn..

Terbantut sekejap hobiku ini memandangkan semua gambar-gambar dan resepiku terdelete begitu sahaja.

Namun begitu di sini ada gambar kek cokelat Ben 10 yang ku buatkan untuk anak Nor Anikah tahun lepas. Gambar sedikit blur kerana menggunakan telefon bimbit suami ku.

Kek coklat moist ini dihiasi dengan chocolate ganache dan edible sugar image.

You may also like to see

Related Posts with Thumbnails